Tuesday, July 19, 2011

Remaja zaman yang amat berharga bagimu..renung2kan


Salam dan selamat tengah hari semua. Maaf kerana lambat mengupdate blog sumber inspirasi ini. Blog ini ditulis untuk berkongsi pelbagai maklumat terutamanya kepada adik-adik kesayangan di luar sana agar dapat memberikan sedikit semangat untuk adik-adik untuk belajar. Pernah adik-adik berasa malas? "malasnya nak buat kerja sekolah..malasnya segala-galanya malas..kerana saya sendiri pernah mengalaminya..betul tak? dan dunia remaja popular dengan keseronokan bercinta...perasaaan ingin tahu dan seterusnya ingin mencuba sesuatu perkara walaupun berisiko kpd diri mahupun org lain..pengalaman remaja amat mahal..teringat ketika saya menjalani Training Of Trainers (TOT) yg dikendalikan sendiri oleh En Aziz Yatim..banyak perkara yang telah saya pelajari, terutamanya berkenaan dgn remaja yg berisiko..Zaman remaja merupakan peringkat yg begitu kompleks..dan para remaja pada peringkat ini sedang mencari identiti mereka dan jika persekitarannya baik dan menyokong maka remaja ini mampu mencari identiti yang baik dan dirinya yang sebenar begitu juga sebaliknya.

Sewaktu persekolahan, sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan amat penting bagi membolehkan seseorang pelajar tersebut membantu dirinya mencorakkan kehidupan yang lebih baik. Persekitaran amat memainkan peranan. Saya agak sedih melihat remaja-remaja kini yang semakin banyak menimbulkan kes terutamanya kes sosial yang semakin menakutkan. Namun begitu, melalui pemerhatian dan pengalaman saya juga..mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang kesunyian, memerlukan perhatian. Jangan dipandang hina kepada remaja yang telah melakukan kesalahan..setiap yang melakukan kesalahan berhak untuk mendapatkan peluang kedua betul tak? asalkan mereka telah insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan. Setiap orang pasti melakukan kesalahan dan belajarlah daripada kesilapan sendiri agar kita akan sentiasa beringat.

Wahai adik-adikku sekalian jangan dipersiakan sewaktu usia remaja kelak akan menyesal..akan terkeluar ayat ini dimulut anda "menyesal aku tidak belajar bersungguh-sungguh, kawan-kawan aku semua telah ke menara gading tapi aku??? "belajarlah selagi mampu..bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu..percayalah kata-kata saya tidak rugi bersusah payah sekarang kerana kesusahan pada hari ini akan dibalas dengan senyuman..adik-adik yang disayangi, anda tidak digalakkan untuk bercinta pada zaman persekolahan kerana ini akan melalaikan adik-adik..hilangnya fokus dan akhirnya hilang arah tuju..tidak dinafikan kita manusia akan ada perasaan suka, minat dengan seseorang..tetapi jgn dilayan seratus peratus..adik-adik ingat, cinta setelah habis persekolahan lebih manis dan bermakna..cinta di zaman persekolahan andai anda tidak dapat mengawalnya dengan baik maka anda akan mensia2kan usia remaja anda. Ada pelajar yang dapat mengawalnya dan berjaya tetapi boleh dibilang. Jangan mengambil risiko bagi perkara ini tetapi ambillah risiko dalam perkara pembelajaran..tidak akan rugi, InsyaAllah dan anda akan berjaya kelak..

Saya telah melalui zaman remaja saya dan kini saya merasakan keindahan menuntut ilmu sehingga ke menara gading, walaupun payah tetapi manis apabila dikenang kembali. Wahai adik-adik di luar sana..hargai masa yang kita ada, masa tidak mengejar kita tetapi kita yang mengejar masa..masa tidak boleh diundur kembali..zaman remaja amat mahal gunakan sebaiknyahayatilah..

HARGA REMAJA

oleh Rahman Shaari

Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah

Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Harga remaja pendirian keberanian