Tuesday, August 23, 2011

Penyebab penyakit lupa



Pernahkah anda membaca kemudian esok telah lupa dengan apa yang telah dipelajari atau yang telah dihafal. Inilah dinamakan penyakit mudah lupa. Ingin mengetahui apakah yang menyebabkan anda lupa? Dari segi pemakanan

  • Makan makanan yang telah dimasuki serangga contohnya air yang telah dimasuki semut krn semut boleh mengeluarkan sejenis enzim yang boleh menyebabkan anda lemah daya ingatan.
  • Makan makanan yang masam, contohnya asam, jeruk.
  • Makan organ dalaman binatang, jika terlalu inginkannya bacalah doa dengan niat agar tidak diberi kemudaratan.
  • Makan makanan yang ringan atau pun 'junk food'. Makanan ini mempunyai banyak pengawet, perasa tambahan, pewarna dan sebagainya yang sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan daya ingatan.
  • Makan kepala ikan.
Dari segi pandangan mata:
  • Jangan melihat tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan.
  • Sering melihat kemaluan termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab.
  • Melihat najis ketika buang air besar.
  • Melhat perkara-perkara yang lucah.
Dari segi akhlak:
  • Sering melawan cakap ibu bapa dan guru-guru, hal ini menyebabkan ilmu yang kita pelajari tidak berkat. Betapa pentingnya restu daripada ibu bapa kita, janganlah melawan cakap mereka begitu juga dengan guru kerana gurulah yang memberi ilmu kpd kita jadi hormati mereka.
  • Tidak menjaga solat
  • Mengingkari perintah Allah S.W.T.

setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda semua, perkongsian ini hasil daripada pembacaan, pengalaman-pengalaman yg telah dilalui..smga ia sedikit membantu anda kelak.."learning is fun" ^_^


Wednesday, August 10, 2011

ketika menghadapi kesusahan, jgn berputus asa kerana titisan hujan yg jernih juga berasal daripada awan yg gelap

Hidup kita sememangnya tidak terlepas daipada dugaan. Tidak kira sama ada dugaan dari segi apa pun, namun kita perlu ingat bahawa segala ujian dan dugaan yang menimpa mengajar kita apa itu erti kehidupan. Tanpa halangan, kesukaran, dugaan mahu pun ujian bukan kehidupanlah namanya. Kehidupan ini penuh dengan warna. Kita yang mencorakkannya tapi yang penting ketika menghadapi kesukaran atau kesusahan, jangan mudah berputus asa kerana jika kita lihat titisan air hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap. Ini bermaksud sebelum kita hendak mencapai sesuatu atau mengecapi sesuatu kejayaan kita perlu harungi dahulu kepayahannya.

Adik-adik dan siapa sahaja yang membaca blog ini, blog ini sekadar memberi sedikit motivasi dan maklumat. Pelajar yang cemerlang atau individu yang cemerlang, lahir adalah dalam kalangan orang biasa juga tetapi berusaha secara luar biasa. Maksudnya individu yang ingin berjaya akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu atau putus asa. Di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Kita perlu memohon kepada Allah setelah berusaha, dan insyaAllah saya percaya Allah itu MAha Adil, Maha Penyayang..sesungguhnya janji Allah itu pasti. Percayalah wahai adik-adik yang dikasihi.

Saya juga pernah mengharungi kesukaran terutamanya dalam pembelajaran. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Bangkitlah, kerana masih jauh lagi perjalanan kalian semua, jangan mensia-siakan kehidupan kalian..masih ada peluang untuk kita berjaya. Setiap orang yang berjaya pernah mengharungi kegagalan tetapi dia tidak pernah kenal erti putus asa. Bukan senang untuk mengecapi kejayaan tetapi tidak mustahil untuk mengecapinya. Semoga kalian semua sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita yang dimpikan..tidak mustahil untuk berjaya