Hidup kita sememangnya tidak terlepas daipada dugaan. Tidak kira sama ada dugaan dari segi apa pun, namun kita perlu ingat bahawa segala ujian dan dugaan yang menimpa mengajar kita apa itu erti kehidupan. Tanpa halangan, kesukaran, dugaan mahu pun ujian bukan kehidupanlah namanya. Kehidupan ini penuh dengan warna. Kita yang mencorakkannya tapi yang penting ketika menghadapi kesukaran atau kesusahan, jangan mudah berputus asa kerana jika kita lihat titisan air hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap. Ini bermaksud sebelum kita hendak mencapai sesuatu atau mengecapi sesuatu kejayaan kita perlu harungi dahulu kepayahannya.
Adik-adik dan siapa sahaja yang membaca blog ini, blog ini sekadar memberi sedikit motivasi dan maklumat. Pelajar yang cemerlang atau individu yang cemerlang, lahir adalah dalam kalangan orang biasa juga tetapi berusaha secara luar biasa. Maksudnya individu yang ingin berjaya akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu atau putus asa. Di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Kita perlu memohon kepada Allah setelah berusaha, dan insyaAllah saya percaya Allah itu MAha Adil, Maha Penyayang..sesungguhnya janji Allah itu pasti. Percayalah wahai adik-adik yang dikasihi.
Saya juga pernah mengharungi kesukaran terutamanya dalam pembelajaran. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Bangkitlah, kerana masih jauh lagi perjalanan kalian semua, jangan mensia-siakan kehidupan kalian..masih ada peluang untuk kita berjaya. Setiap orang yang berjaya pernah mengharungi kegagalan tetapi dia tidak pernah kenal erti putus asa. Bukan senang untuk mengecapi kejayaan tetapi tidak mustahil untuk mengecapinya. Semoga kalian semua sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita yang dimpikan..tidak mustahil untuk berjaya

No comments:
Post a Comment