Pernahkah anda membaca kemudian esok telah lupa dengan apa yang telah dipelajari atau yang telah dihafal. Inilah dinamakan penyakit mudah lupa. Ingin mengetahui apakah yang menyebabkan anda lupa? Dari segi pemakanan
- Makan makanan yang telah dimasuki serangga contohnya air yang telah dimasuki semut krn semut boleh mengeluarkan sejenis enzim yang boleh menyebabkan anda lemah daya ingatan.
- Makan makanan yang masam, contohnya asam, jeruk.
- Makan organ dalaman binatang, jika terlalu inginkannya bacalah doa dengan niat agar tidak diberi kemudaratan.
- Makan makanan yang ringan atau pun 'junk food'. Makanan ini mempunyai banyak pengawet, perasa tambahan, pewarna dan sebagainya yang sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan daya ingatan.
- Makan kepala ikan.
- Jangan melihat tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan.
- Sering melihat kemaluan termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab.
- Melihat najis ketika buang air besar.
- Melhat perkara-perkara yang lucah.
- Sering melawan cakap ibu bapa dan guru-guru, hal ini menyebabkan ilmu yang kita pelajari tidak berkat. Betapa pentingnya restu daripada ibu bapa kita, janganlah melawan cakap mereka begitu juga dengan guru kerana gurulah yang memberi ilmu kpd kita jadi hormati mereka.
- Tidak menjaga solat
- Mengingkari perintah Allah S.W.T.
setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda semua, perkongsian ini hasil daripada pembacaan, pengalaman-pengalaman yg telah dilalui..smga ia sedikit membantu anda kelak.."learning is fun" ^_^


