kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
Friday, April 30, 2010
lame xupdate blog ni...
Disebabkan terlalu sibuk dngn tugasan, test, exm, proposal jd xsmpat nk update tp tgu ye sy akan update..
Tuesday, March 2, 2010
Tetapkan matlamat demi impianmu, walau apa pun berlaku teruskan berjalan...
Lagu ini ditujukan khas untuk anda...lagu ini memberi semangat untuk saya teruskan pejuangan saya selama ini. Harap lagu ini dapat memberi semnagat kepada anda juga untuk terus berusaha sehingga mencapai apa yang diimpikan. Walau apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti.
semoga anda berjaya..teruskan usaha dan jangan putus asa!!
semoga anda berjaya..teruskan usaha dan jangan putus asa!!
Thursday, February 25, 2010
Petua Individu yang Cemerlang
- orang yang vemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik seperti solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, sentiasa berwuduk
- orang yang cemerlang sentiasa melakukan 7M
- Muhasabah
- Murraqabah atau ihsan
- Musyaratah atau syarat mencapai matlamat
- Mu'aqabah atau didik jiwa supaya murni
- Mujahadah atau bersungguh-sungguh
- Mu'atabah atau kritik diri
- Mawaddah atau kasih sayang
redha dan bersyukur.
4. orang cemerlang sentiasa belajar daripada setiap kesilapan lalu. Orang berjaya bukannya
tidak pernah jatuh tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar adalah
apabila berhenti mencuba.
5. orang yang cemerlng sentiasa mementingkan orang lain daripada dirinya. Dia rasa berjaya
apabila semua orang di sekelilingnya sama-sama berjaya.
(rujukan daripada petua orang cemerlang yang ditulis oleh Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah)
Monday, February 22, 2010
Hilangkan stress dengan berbagai cara
bijak menangani stress
I'm stress
Stress atau tekanan sering berlaku kepada sesiapa sahaja apabila sesuatu perkara itu menyebabkan diri individu terbeban atau diluar kawalan individu tersebut seperti menghadapi tekanan kerana terlalu banyak tugasan atau kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang terdekat, menghadapi masalah kewangan, keluarga, masalah di tempat kerja dan sebagainya
Tanda-tanda anda mungkin menghadapi stress adalah
- Rasa terlalu letih dan tidak bermaya terutamanya pada waktu pagi
- Sering berubah emosi contoh sering marah
- Tidur malam terganggu
- Tidak fokus terhadap sesuatu pekerjaan
- Risau atau bimbang secara keterlaluan
- Banyak menangguh sesuatu kerja sehingga kerja menjadi terlalu banyak
- Tidak bersemangat

melihat ikan di dalam akuarium hati menjadi tenang
Diikuti dengan melakukan senaman dapat mengurangkan stress. Senaman berupaya mengalihkan tumpuan terhadap perasaan marah, agresif, bimbang, takut dan sebagainya maka hal ini dapat mengurangkan stress seseorang individu tersebut. Bersenam dapat dilakukan di mana-mana sahaja, walaupun di ruang atau pada masa yang terhad.
Bersenam dapat menyihatkan badan
Bersenam secara teratur dan tetap banyak mendatangkan faedah kepada diri kita sendiri. Dari segi psikologi, senaman boleh menimbulkan keriangan, kerana pengeluaran bahan-bahan kimia otak yang dikenali sebagai endorfin akan merangsangk otak kita merasai ceria. Apabila kita berasa ceria, kita akan kurang menyimpan perasaan marah, bimbang dan kita akan berada dalam keadaan yang releksasi.
Membelai binatang peliharaan juga merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan stress. Contoh dengan membelai kucing atau arnab, hati akan menjadi lebih tenang.

Membelai kucing adalah salah satu cara
Seseorang itu juga perlu menjaga pemakanan mereka iaitu dengan
- mengurangkan mengambil makanan ringan
- banyakkan minum air kosong iaitu sekurang-kurangnya segelas air suam sebelum dan selepas makan atau (6 gelas hingga 8 gelas sehari)
- makan makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti ulam, kacang, buah-buahan
- mengurangkan pengambilan garam dan gula
Friday, February 19, 2010
Apa Faedahnya ponteng sekolah?
Kebiasaannya jika dilihat, pelajar sering ponteng sekolah adalah disebabkan faktor kurang minat terhadap pelajaran tersebut, faktor rakan sebaya yang mempengaruhi, faktor guru yang memilih kasih terhadap pelajarnya yang hanya memberi perhatian kepada pelajar tertentu, faktor keluarga dan sebagainya. Pelajar yang ponteng sekolah sering terlibat dengan gejala-gejala negatif kerana jauh dari kawalan pelbagai pihak sama ada ibu bapa, guru dan pihak sekolah.
Cuba bayangkan, jika seseorang pelajar ponteng sekolah, apa yang pelajar tersebut dapat? kebaikan atau keburukannya?
Ponteng sekolah akan menyebabkan kebanyakan kerja sekolah akan tertangguh kerana semasa dan sepanjang proses pembelajaran pelajar tersebut tidak berada di dalam kelas. Ini menyebabkan tugasan yang telah diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik kerana hilang punca dalam memahaminya dan seterusnya akan menyebabkan kerja banyak tertangguh.
Selain itu, ponteng sekolah akan mendorong seseorang pelajar tersebut untuk berbohong dan akhirnya terjebak ke arah perlakuan negatif yang lain seperti merokok, mencuri seperti bak kata pepatah siakap, senohong, gelama, ikan berduri; bercakap bohong lama-lama mencuri (rujukan petua pelajar cemerlang oleh
Dato' dr hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Hj. Muhammad Zakaria)

kandungan yang terdapat dalam rokok

Kandungan yang terdapat di dalam rokok merupakan kandungan yang boleh membahayakan kesihatan iaitu antaranya ubat gegat, tar, nikotin dan banyak lagi. Bayangkan seseorang itu menghisap rokok yang terkandung bahan tersebut malah lebih banyak lagi kandungan yang berbahaya.
Maka, dapat dilihat bahawa gejala ponteng sekolah mempengaruhi seseorang pelajar itu untuk terjerumus ke arah tingkah laku negatif seperti yang disebutkan tadi. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam mencegah dan memerangi gejala ini agar tidak sampai ke tahap yang lebih serius. Seseorang pelajar itu sendiri perlu mempunyai daya ketahanan diri daripada terjebak ke arah tingkah laku tersebut yang boleh memberi kesan yang negatif terhadap diri dan seterusnya masa hadapan mereka.
Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Peperiksaan merupakan kayu pengukur dalam menentukan sama ada anda memahami isi pembelajaran atau pun tidak. Segala usaha anda belajar selama bertahun-tahun hanya akan diuji dalam masa 2 atau 3 jam sahaja, maka jika anda gagal menjalaninya bemakna segala usaha anda selama bertahun-tahun tidak akan dinilai. Terdapat beberapa tips persediaan dalam menghadapi peperiksaan iaitu
Semoga anda berjaya!
- Pelajar perlu yakin dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan
- Pelajar perlu menguasai semua tajuk dan contoh soalan, soalan-soalan ramalan.
- Pelajar perlu selesai mengulangkaji sekurang-kurangnya seminggu sebelum menghadapi peperiksaan
- Menjaga kesihatan diri
- Menjalani peperiksaan dengan tenang dan tidak gelabah kerana ini akan membuatkan segala yang telah anda ingat akan lupa.
- Tidur awal dan bangun pada awal pagi kerana ilmu mudah diingati pada waktu pagi
- Berdoa dan tidak meninggalkan sembahyang
Semoga anda berjaya!
Wednesday, February 17, 2010
Merangsang Semua Deria Ketika Belajar
Kemahiran Merangsang deria
- Kemahiran mendengar penting kerana mendengar dapat meyerap lebih banyak perkataan
- Otak dapat memproses kira-kira 800 perkataan seminit
- 90% komunikasi berlaku melalui pertuturan
- 25% daripada apa yang didengar dapat difahami
keberkesanan ingatan:
Baca- 10%
Dengar- 25%
Gabungan dengar dan lihat-50%
Melihat atau mebaca dan melakar- 80%
Mengamalkan keempat-empat kaedah di atas-90%
*rujukan yang diperolehi daripada petua pelajar cemerlang oleh
Dato' Dr. Hj. Mohd fadzilah kamsah
Hj. Muhammad Zakaria
Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar
cuba anda baca komik yang saya perolehi...
salah satu cara...
(petikan komik dari Sasbadi)
Hidup sebagai seorang pelajar, memang banyak ujian, kuiz, latihan, peperiksaan..perkara-perkara sebegini sememangnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seseorang yang bergelar pelajar. Jadi pelajar ni memang perlu banyak mengingat, kadangkala kita terlupa akan perkara yang kita dah pelajari terutamanya ilmu yang dah lama kita belajar bukan?? Sudah semestinya jika sekarang anda berada ditingkatan 5, pelajaran yang ketika anda berada ditingkatan 1 atau 2 ada yang telah anda lupakan bukan?? bagaimana anda ingin mengingatinya dengan baik?? terdapat pelbagai teknik dalam mengingati pembelajaran iaitu antaranya adalah peta minda...kebiasaannya anda hanya akan lakukannya apabila musim peperiksaan saje kan?
Penggunaan peta minda bukan sahaja untuk pada musim peperiksaan sahaja malah untuk kegunaan lain seperti untuk menetapkan sesuatu matlamat kita agar kita mudah melihat matlamat kita dan seterusnya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapainya.
contoh peta minda yang menarik, mudah, padat.

Subscribe to:
Posts (Atom)