Thursday, February 25, 2010

Petua Individu yang Cemerlang


  1. orang yang vemerlang sentiasa berusaha menjana hati yang bersih dan sentiasa mencuci hatinya menggunakan pelbagai teknik seperti solat taubat, istighfar, baca Al-Quran, maafkan semua orang, ingat mati, sedekah, sentiasa berwuduk
  2. orang yang cemerlang sentiasa melakukan 7M
  • Muhasabah
  • Murraqabah atau ihsan
  • Musyaratah atau syarat mencapai matlamat
  • Mu'aqabah atau didik jiwa supaya murni
  • Mujahadah atau bersungguh-sungguh
  • Mu'atabah atau kritik diri
  • Mawaddah atau kasih sayang
3. orang yang cemerlang sentiasa mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku, sentiasa
redha dan bersyukur.
4. orang cemerlang sentiasa belajar daripada setiap kesilapan lalu. Orang berjaya bukannya
tidak pernah jatuh tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar adalah
apabila berhenti mencuba.
5. orang yang cemerlng sentiasa mementingkan orang lain daripada dirinya. Dia rasa berjaya
apabila semua orang di sekelilingnya sama-sama berjaya.

(rujukan daripada petua orang cemerlang yang ditulis oleh Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah)

No comments:

Post a Comment