Friday, February 19, 2010

Apa Faedahnya ponteng sekolah?

Kebiasaannya jika dilihat, pelajar sering ponteng sekolah adalah disebabkan faktor kurang minat terhadap pelajaran tersebut, faktor rakan sebaya yang mempengaruhi, faktor guru yang memilih kasih terhadap pelajarnya yang hanya memberi perhatian kepada pelajar tertentu, faktor keluarga dan sebagainya. Pelajar yang ponteng sekolah sering terlibat dengan gejala-gejala negatif kerana jauh dari kawalan pelbagai pihak sama ada ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Cuba bayangkan, jika seseorang pelajar ponteng sekolah, apa yang pelajar tersebut dapat? kebaikan atau keburukannya?
Ponteng sekolah akan menyebabkan kebanyakan kerja sekolah akan tertangguh kerana semasa dan sepanjang proses pembelajaran pelajar tersebut tidak berada di dalam kelas. Ini menyebabkan tugasan yang telah diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik kerana hilang punca dalam memahaminya dan seterusnya akan menyebabkan kerja banyak tertangguh.

Selain itu, ponteng sekolah akan mendorong seseorang pelajar tersebut untuk berbohong dan akhirnya terjebak ke arah perlakuan negatif yang lain seperti merokok, mencuri seperti bak kata pepatah siakap, senohong, gelama, ikan berduri; bercakap bohong lama-lama mencuri (rujukan petua pelajar cemerlang oleh
Dato' dr hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Hj. Muhammad Zakaria)


kandungan yang terdapat dalam rokok

Kandungan yang terdapat di dalam rokok merupakan kandungan yang boleh membahayakan kesihatan iaitu antaranya ubat gegat, tar, nikotin dan banyak lagi. Bayangkan seseorang itu menghisap rokok yang terkandung bahan tersebut malah lebih banyak lagi kandungan yang berbahaya.

Maka, dapat dilihat bahawa gejala ponteng sekolah mempengaruhi seseorang pelajar itu untuk terjerumus ke arah tingkah laku negatif seperti yang disebutkan tadi. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam mencegah dan memerangi gejala ini agar tidak sampai ke tahap yang lebih serius. Seseorang pelajar itu sendiri perlu mempunyai daya ketahanan diri daripada terjebak ke arah tingkah laku tersebut yang boleh memberi kesan yang negatif terhadap diri dan seterusnya masa hadapan mereka.



sayangi diri dan keluarga anda, berhenti merokok!

No comments:

Post a Comment