Tuesday, May 8, 2012

Matlamat hidup


Pernahkah anda terbayang siapakah diri anda selepas 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? apa yang bakal ingin anda lakukan ketika itu? apakah sumbangan anda kelak? pernah merasakan bahawa terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi? semuanya pasti ada sekiranya anda sememangnya seseorang yang mempunyai impian dan matlamat hidup. Perancangan itu akan terlintas di fikiran kerana anda sudah mempunyai matlamat hidup. Perancangan tanpa usaha tiada gunanya ia hanya akan menjadi angan-angan. Setiap perkara yang ingin dikecapi pasti ada rintangannya yang penting berusaha dan tidak lupa berdoa kepada Allah. Kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa usaha dan doa. Mulakanlah menetapkan matlamat hidup mulai sekarang, kerana dengan adanya matlamat hidup kita akan berusaha untuk mengecapinya dan tidak akan timbul persoalan "apa gunanya aku belajar?...buat apa aku pergi sekolah?..buat apa aku pergi universiti?..buang duit je..bosannya pergi lepak dgn kwn lg bagus drpd pergi tuisyen.."

Saya begitu merindui kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Alangkah manisnya menjadi seorang pelajar, pahit manis yang telah dilalui semuanya kenangan terindah. Walaupun ada pahitnya tetapi apabila dikenang semula, alangkah manisnya. Bayangkan bagaimana anda perlu mengikat perut hanya untuk mendapatkan segulung ijazah, mengira duit tabung hanya untuk membeli sebungkus roti untuk sehari?? hampir seminggu beralas perut dengan maggie? tidak balik pada cuti semesta hanya kerana assignment, tesis? menunggu bas berjam-jam lamanya hanya untuk berebut-rebut membuat temujanji dengan pensyarah? alangkah manisnya kenangan itu apabila hasilnya..Masyaallah..begitu manisnya, bahagianya. Tidak rugi, segala usaha akan terbayar andai ada kesungguhan dan jangan lupa untuk berdoa kepadaNya.

Dunia pekerjaan kini semakin mencabar, bukan mudah yang disangka untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap perkara yang dilakukan ada cabarannya, perjuangan masih belum selesai...masih panjang perjalanan hidup ini, yang penting matlamat hidup dan ilmu akhirat jg jangan dilupakan..jangan hanya mengejar keduniaan, yang kekal akhirat...Allah..

Jadilah benih yang bernas,
Seribu tahun dijemur panas,
Digetus getas binatang buas.
Tetap tumbuh mencetus tunas.

hanya sekadar perkongsian, peringatan kpd diri dan pembaca..semoga kita semua diredhaiNya..^_^


kucing pun minat tengok buku kita? hehe

Thursday, January 5, 2012

Apabila bertindak mengikut emosi



video ini adalah sumber dari Youtube...

Setiap video yg ditayangkan ini terdapat mesej yg ingin disampaikan..


Kasih Sayang Dan Pengorbanan Ibu Bapa Penguin



Hayati video ini..sumber dari Youtube


Tuesday, August 23, 2011

Penyebab penyakit lupa



Pernahkah anda membaca kemudian esok telah lupa dengan apa yang telah dipelajari atau yang telah dihafal. Inilah dinamakan penyakit mudah lupa. Ingin mengetahui apakah yang menyebabkan anda lupa? Dari segi pemakanan

  • Makan makanan yang telah dimasuki serangga contohnya air yang telah dimasuki semut krn semut boleh mengeluarkan sejenis enzim yang boleh menyebabkan anda lemah daya ingatan.
  • Makan makanan yang masam, contohnya asam, jeruk.
  • Makan organ dalaman binatang, jika terlalu inginkannya bacalah doa dengan niat agar tidak diberi kemudaratan.
  • Makan makanan yang ringan atau pun 'junk food'. Makanan ini mempunyai banyak pengawet, perasa tambahan, pewarna dan sebagainya yang sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan daya ingatan.
  • Makan kepala ikan.
Dari segi pandangan mata:
  • Jangan melihat tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan.
  • Sering melihat kemaluan termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab.
  • Melihat najis ketika buang air besar.
  • Melhat perkara-perkara yang lucah.
Dari segi akhlak:
  • Sering melawan cakap ibu bapa dan guru-guru, hal ini menyebabkan ilmu yang kita pelajari tidak berkat. Betapa pentingnya restu daripada ibu bapa kita, janganlah melawan cakap mereka begitu juga dengan guru kerana gurulah yang memberi ilmu kpd kita jadi hormati mereka.
  • Tidak menjaga solat
  • Mengingkari perintah Allah S.W.T.

setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda semua, perkongsian ini hasil daripada pembacaan, pengalaman-pengalaman yg telah dilalui..smga ia sedikit membantu anda kelak.."learning is fun" ^_^


Wednesday, August 10, 2011

ketika menghadapi kesusahan, jgn berputus asa kerana titisan hujan yg jernih juga berasal daripada awan yg gelap

Hidup kita sememangnya tidak terlepas daipada dugaan. Tidak kira sama ada dugaan dari segi apa pun, namun kita perlu ingat bahawa segala ujian dan dugaan yang menimpa mengajar kita apa itu erti kehidupan. Tanpa halangan, kesukaran, dugaan mahu pun ujian bukan kehidupanlah namanya. Kehidupan ini penuh dengan warna. Kita yang mencorakkannya tapi yang penting ketika menghadapi kesukaran atau kesusahan, jangan mudah berputus asa kerana jika kita lihat titisan air hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap. Ini bermaksud sebelum kita hendak mencapai sesuatu atau mengecapi sesuatu kejayaan kita perlu harungi dahulu kepayahannya.

Adik-adik dan siapa sahaja yang membaca blog ini, blog ini sekadar memberi sedikit motivasi dan maklumat. Pelajar yang cemerlang atau individu yang cemerlang, lahir adalah dalam kalangan orang biasa juga tetapi berusaha secara luar biasa. Maksudnya individu yang ingin berjaya akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu atau putus asa. Di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Kita perlu memohon kepada Allah setelah berusaha, dan insyaAllah saya percaya Allah itu MAha Adil, Maha Penyayang..sesungguhnya janji Allah itu pasti. Percayalah wahai adik-adik yang dikasihi.

Saya juga pernah mengharungi kesukaran terutamanya dalam pembelajaran. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Bangkitlah, kerana masih jauh lagi perjalanan kalian semua, jangan mensia-siakan kehidupan kalian..masih ada peluang untuk kita berjaya. Setiap orang yang berjaya pernah mengharungi kegagalan tetapi dia tidak pernah kenal erti putus asa. Bukan senang untuk mengecapi kejayaan tetapi tidak mustahil untuk mengecapinya. Semoga kalian semua sentiasa berusaha untuk mencapai cita-cita yang dimpikan..tidak mustahil untuk berjaya

Tuesday, July 19, 2011

Remaja zaman yang amat berharga bagimu..renung2kan


Salam dan selamat tengah hari semua. Maaf kerana lambat mengupdate blog sumber inspirasi ini. Blog ini ditulis untuk berkongsi pelbagai maklumat terutamanya kepada adik-adik kesayangan di luar sana agar dapat memberikan sedikit semangat untuk adik-adik untuk belajar. Pernah adik-adik berasa malas? "malasnya nak buat kerja sekolah..malasnya segala-galanya malas..kerana saya sendiri pernah mengalaminya..betul tak? dan dunia remaja popular dengan keseronokan bercinta...perasaaan ingin tahu dan seterusnya ingin mencuba sesuatu perkara walaupun berisiko kpd diri mahupun org lain..pengalaman remaja amat mahal..teringat ketika saya menjalani Training Of Trainers (TOT) yg dikendalikan sendiri oleh En Aziz Yatim..banyak perkara yang telah saya pelajari, terutamanya berkenaan dgn remaja yg berisiko..Zaman remaja merupakan peringkat yg begitu kompleks..dan para remaja pada peringkat ini sedang mencari identiti mereka dan jika persekitarannya baik dan menyokong maka remaja ini mampu mencari identiti yang baik dan dirinya yang sebenar begitu juga sebaliknya.

Sewaktu persekolahan, sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan amat penting bagi membolehkan seseorang pelajar tersebut membantu dirinya mencorakkan kehidupan yang lebih baik. Persekitaran amat memainkan peranan. Saya agak sedih melihat remaja-remaja kini yang semakin banyak menimbulkan kes terutamanya kes sosial yang semakin menakutkan. Namun begitu, melalui pemerhatian dan pengalaman saya juga..mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang kesunyian, memerlukan perhatian. Jangan dipandang hina kepada remaja yang telah melakukan kesalahan..setiap yang melakukan kesalahan berhak untuk mendapatkan peluang kedua betul tak? asalkan mereka telah insaf dengan kesalahan yang telah dilakukan. Setiap orang pasti melakukan kesalahan dan belajarlah daripada kesilapan sendiri agar kita akan sentiasa beringat.

Wahai adik-adikku sekalian jangan dipersiakan sewaktu usia remaja kelak akan menyesal..akan terkeluar ayat ini dimulut anda "menyesal aku tidak belajar bersungguh-sungguh, kawan-kawan aku semua telah ke menara gading tapi aku??? "belajarlah selagi mampu..bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu..percayalah kata-kata saya tidak rugi bersusah payah sekarang kerana kesusahan pada hari ini akan dibalas dengan senyuman..adik-adik yang disayangi, anda tidak digalakkan untuk bercinta pada zaman persekolahan kerana ini akan melalaikan adik-adik..hilangnya fokus dan akhirnya hilang arah tuju..tidak dinafikan kita manusia akan ada perasaan suka, minat dengan seseorang..tetapi jgn dilayan seratus peratus..adik-adik ingat, cinta setelah habis persekolahan lebih manis dan bermakna..cinta di zaman persekolahan andai anda tidak dapat mengawalnya dengan baik maka anda akan mensia2kan usia remaja anda. Ada pelajar yang dapat mengawalnya dan berjaya tetapi boleh dibilang. Jangan mengambil risiko bagi perkara ini tetapi ambillah risiko dalam perkara pembelajaran..tidak akan rugi, InsyaAllah dan anda akan berjaya kelak..

Saya telah melalui zaman remaja saya dan kini saya merasakan keindahan menuntut ilmu sehingga ke menara gading, walaupun payah tetapi manis apabila dikenang kembali. Wahai adik-adik di luar sana..hargai masa yang kita ada, masa tidak mengejar kita tetapi kita yang mengejar masa..masa tidak boleh diundur kembali..zaman remaja amat mahal gunakan sebaiknyahayatilah..

HARGA REMAJA

oleh Rahman Shaari

Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah

Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Harga remaja pendirian keberanian

Monday, June 13, 2011

sila hayati video ini..



sila hayati video ini..sayangilah ibu bapa kita..hargai mereka, merekalah yg mendidik dan membesarkan kita...sehingga kita menjadi 'seseorang'...balaslah jasa mereka yg banyak berkorban untuk kita semua...