Monday, February 22, 2010

Hilangkan stress dengan berbagai cara



bijak menangani stress



I'm stress

Stress atau tekanan sering berlaku kepada sesiapa sahaja apabila sesuatu perkara itu menyebabkan diri individu terbeban atau diluar kawalan individu tersebut seperti menghadapi tekanan kerana terlalu banyak tugasan atau kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh yang terdekat, menghadapi masalah kewangan, keluarga, masalah di tempat kerja dan sebagainya

Tanda-tanda anda mungkin menghadapi stress adalah
  • Rasa terlalu letih dan tidak bermaya terutamanya pada waktu pagi
  • Sering berubah emosi contoh sering marah
  • Tidur malam terganggu
  • Tidak fokus terhadap sesuatu pekerjaan
  • Risau atau bimbang secara keterlaluan
  • Banyak menangguh sesuatu kerja sehingga kerja menjadi terlalu banyak
  • Tidak bersemangat
Perkara-perkara di atas merupakan antara tanda-tanda anda mengalami stress. Terdapat banyak cara untuk anda mengurangkan stress antaranya adalah dengan melihat ikan di dalam akuarium. Menurut beberapa kajian mengatakan bahawa dengan melihat ikan di dalam akuarium dapat menenangkan hati, hal ini menurut kajian dalam Islam, ikan sering berzikir kepada Allah S.W.T




melihat ikan di dalam akuarium hati menjadi tenang

Diikuti dengan melakukan senaman dapat mengurangkan stress. Senaman berupaya mengalihkan tumpuan terhadap perasaan marah, agresif, bimbang, takut dan sebagainya maka hal ini dapat mengurangkan stress seseorang individu tersebut. Bersenam dapat dilakukan di mana-mana sahaja, walaupun di ruang atau pada masa yang terhad.





Bersenam dapat menyihatkan badan



Bersenam secara teratur dan tetap banyak mendatangkan faedah kepada diri kita sendiri. Dari segi psikologi, senaman boleh menimbulkan keriangan, kerana pengeluaran bahan-bahan kimia otak yang dikenali sebagai endorfin akan merangsangk otak kita merasai ceria. Apabila kita berasa ceria, kita akan kurang menyimpan perasaan marah, bimbang dan kita akan berada dalam keadaan yang releksasi.


Membelai binatang peliharaan juga merupakan salah satu kaedah untuk mengurangkan stress. Contoh dengan membelai kucing atau arnab, hati akan menjadi lebih tenang.



Membelai kucing adalah salah satu cara


Seseorang itu juga perlu menjaga pemakanan mereka iaitu dengan
  • mengurangkan mengambil makanan ringan
  • banyakkan minum air kosong iaitu sekurang-kurangnya segelas air suam sebelum dan selepas makan atau (6 gelas hingga 8 gelas sehari)
  • makan makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti ulam, kacang, buah-buahan
  • mengurangkan pengambilan garam dan gula





No comments:

Post a Comment