salah satu cara...
(petikan komik dari Sasbadi)
Hidup sebagai seorang pelajar, memang banyak ujian, kuiz, latihan, peperiksaan..perkara-perkara sebegini sememangnya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seseorang yang bergelar pelajar. Jadi pelajar ni memang perlu banyak mengingat, kadangkala kita terlupa akan perkara yang kita dah pelajari terutamanya ilmu yang dah lama kita belajar bukan?? Sudah semestinya jika sekarang anda berada ditingkatan 5, pelajaran yang ketika anda berada ditingkatan 1 atau 2 ada yang telah anda lupakan bukan?? bagaimana anda ingin mengingatinya dengan baik?? terdapat pelbagai teknik dalam mengingati pembelajaran iaitu antaranya adalah peta minda...kebiasaannya anda hanya akan lakukannya apabila musim peperiksaan saje kan?
Penggunaan peta minda bukan sahaja untuk pada musim peperiksaan sahaja malah untuk kegunaan lain seperti untuk menetapkan sesuatu matlamat kita agar kita mudah melihat matlamat kita dan seterusnya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapainya.
contoh peta minda yang menarik, mudah, padat.



No comments:
Post a Comment